Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis esok

Tangkap layar akaun X milik mangsa yang cedera akibat terkena benang melintang di Lebuhraya SUKE.
Tangkap layar akaun X milik mangsa yang cedera akibat terkena benang melintang di Lebuhraya SUKE.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki yang mendakwa dagunya cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai akan membuat laporan polis pada Rabu.

Pemilik akaun X yang dikenali sebagai MuasRosdi berkata, dia akan berjumpa dengan Ketua Balai Polis Ampang Jaya untuk membuat laporan.

"Pihak SUKE juga sudah menghubungi dan mengambil keterangan berkaitan kejadian itu, harap rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan selepas ini," katanya melalui X pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan polis terkesan satu paparan berkaitan insiden terbabit yang tular di laman sosial pada Isnin.

Paparan tersebut menunjukkan seorang individu yang menyatakan bahawa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di jalan tersebut pada jam 6.30 petang Isnin.

Polis masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan dengan insiden terbabit.

Pihak polis turut meminta kerjasama mangsa berkenaan untuk tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membuat laporan berkaitan dengan insiden terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!