Kempen ‘Golden Ticket’ kembali di Suria KLCC

Kempen ‘Golden Ticket’ 2024 berlangsung dari 11 sehingga 26 Mei ini di Suria KLCC.
Kempen ‘Golden Ticket’ 2024 berlangsung dari 11 sehingga 26 Mei ini di Suria KLCC.
A
A
A

SURIA KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang menawarkan e-Baucar bernilai RM5,000 kepada pengunjung bertuah.

Kempen berlangsung dari 11 sehingga 26 Mei ini dan pengunjung pusat pusat beli-belah ikonik Malaysia itu turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Dengan dekorasi bertemakan karnival pada kali ini, 100 kotak misteri mengandungi sekeping 'Golden Ticket' (e-Baucar RM5,000), ‘Purple Ticket’ (e-Baucar RM50) dan hadiah terbaru untuk 2024 iaitu ‘Silver Ticket’ disediakan di Centre Court bagi sesi cabutan.

Pembeli yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ akan memenangi barangan mewah.

Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia,” katanya pada Jumaat.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!