'Iklan jawatan jurulatih perseorangan lelaki proses biasa'

Kenny Goh
Kenny Goh
A
A
A

KHIDMAT Hendrawan, (Datuk Tey) Seu Bock dan James (Chua) masih bersama BAM (Persatuan Badminton Malaysia).”

Itu reaksi Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berhubung iklan jawatan jurulatih perseorangan badminton lelaki negara yang diiklankan badan induk tersebut pada Isnin.

“Sebenarnya, iklan jawatan jurulatih perseorangan badminton lelaki negara itu proses biasa kerana kebiasaannya hujung tahun, kami akan membuat review pada struktur dan juga prestasi para jurulatih dan semua pemain.

“Ini juga sebagai persiapan awal BAM. BAM mungkin hire atau tidak hire, sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.Jadi BAM perlu lebih bersedia memantapkan barisan kejurulatihan.

“Buat masa ini tiada jawatan kosong untuk posisi tersebut kerana kita masih mempunyai Hendrawan, Datuk Tey Seu Bock dan James Chua,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Jelas Kenny, pendekatan itu juga merupakan langkah awal bagi menghadapi pasca Sukan Olimpik Paris 2024.

Tambahnya, iklan itu juga sebagai persediaan untuk memperkasakan skuad perseorangan lelaki remaja negara.

“BAM akan melihat semua pilihan bagi memperkasakan struktur kejurulatihan skuad negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Hendrawan bersama BAM sejak 2009, Seu Bock dan James pula mula berkhidmat dengan BAM pada 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!