Asrama terbakar: Anwar sampaikan sumbangan kepada pelajar UniMAP

Muhammad Kamil menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada salah seorang pelajar UniMAP pada Selasa.
Muhammad Kamil menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada salah seorang pelajar UniMAP pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terkesan dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim semalam.

"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya, insya-ALLAH,” menurut catatan itu.

Pada 11 Mei lepas, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 buah lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pada 4.43 pagi.

Dalam laporan media semalam, pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Perdana Menteri yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: