Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
15 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Mahkamah Rayuan pada Rabu membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Syed Saddiq membuat permohonan itu bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan rakan karibnya di Singapura pada 18 Mei dan memenuhi jemputan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia sebagai antara wakil negara melawat Taiwan pada 10 hingga 15 Jun ini.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Syed Saddiq selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali tidak membantah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com