EPL: Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
JURGEN Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Tempoh sembilan tahun pengendali berbangsa Jerman itu sebagai pengurus The Reds akan tamat selepas aksi menentang Wolves hujung minggu ini.
Dia diiktiraf sebagai pengurus terbaik The Reds dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana dia telah memenangi semua jenis gelaran, termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 dan menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk bergelar juara Inggeris setahun kemudian.
Perlawanan hujung minggu ini dijangka akan sarat dengan emosi tetapi gambar yang bocor dalam laman-laman sosial sudah pun meruntun jiwa penyokong Liverpool.
Pengurus berusia 56 tahun itu dilihat berdiri di tengah-tengah bulatan padang dan di tempat duduk penyokong di Anfield seorang diri dengan ada dalam kalangan peminat Liverpool berpendapat bahawa dia sedang merakam video perpisahannya. - Stadium Astro/Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!