Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Hampir sejam, jurubahasa baca 43 pertuduhan rasuah pegawai kastam

A
A
A

BERITA SEMASA 15 MEI 2024

Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu mengambil masa hampir sejam untuk membacakan 43 pertuduhan terhadap seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) yang didakwa menerima rasuah bernilai hampir RM70,000 antara tahun 2017 hingga 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Mohammad Zyed Ibrahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Penguasa Kastam Gred WK41 yang bertugas di Kastam KLIA, secara rasuah memperoleh suapan untuk dirinya wang keseluruhan bernilai RM69,350.

Wang tersebut diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat melalui cara pemindahan dalam talian sebagai dorongan untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu, tidak memeriksa lori-lori milik syarikat terbabit yang membawa keluar barang dari Kargo KLIA.

Kesalahan itu dilakukan antara 16 September 2017 hingga 16 Januari 2022 di sebuah bank di Nilai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664872/berita/semasa/hampir-sejam-jurubahasa-baca-43-pertuduhan-rasuah-pegawai-kastam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com