SAMA Square lokasi tarikan berkumpul, berlibur

SAMA Square mula beroperasi Sabtu lalu sebagai tempat berkumpul dan berlibur khususnya pada hujung minggu.
SAMA Square mula beroperasi Sabtu lalu sebagai tempat berkumpul dan berlibur khususnya pada hujung minggu.
A
A
A

SAMA Square milik SkyWorld Development Berhad telah dibuka secara rasmi dan berjaya menarik sehingga 10,000 pengunjung Sabtu lalu.

Pembangunan komersial di Setapak itu menjadi hub aktiviti serta potensi perniagaan bakal menjadi tarikan buat pengguna berdekatan Taman Sri Rampai, Sentul, Wangsa Maju dan sekitarnya.

Dataran SAMA terletak dalam pembangunan induk SkySanctuary kini 90 peratus ruang niaga telah diisi.

SAMA Square berjaya menarik hingga 10,000 pengunjung Sabtu lalu.
SAMA Square berjaya menarik hingga 10,000 pengunjung Sabtu lalu.

Antara jenama terkenal yang akan berada di Dataran SAMA termasuk Inside Scoop, Zus Coffee, Subway, Guardian, Shabuyaki by Nippon Sushi, Hainan Village Kopitiam, Butter Kaya Kopitiam, Vivace Dance Academy, Pusat Pergigian AllCare dan BS Optometri serta restoran 24 jam, Nasi Kandar Al Yahya

Kawasan tersebut turut menyediakan 449 tempat letak kereta untuk kemudahan pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, SAMA Square dibina sebagai 'lifestyle hub' untuk kemudahan penduduk SkySanctuary dan sekitar berkumpul dan bersosial.

"Konsep yang berbeza daripada biasa ini merupakan komitmen kami dalam melakukan inovasi reka bentuk selari dengan aspirasi syarikat kami untuk 'Menjadikan Kehidupan Lebih Baik'.

Artikel Berkaitan:

"SAMA Square juga berfungsi sebagai projek perintis dalam perniagaan runcit yang merupakan penyusunan strategi pelan pembangunan jangka panjang," katanya.

SAMA Square kini menganjurkan Pengalaman Ekspo IFood yang menampilkan pelbagai hidangan masakan hingga 26 Mei depan yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dataran SAMA, sila layari https://skyworld.my/samasquare/ atau https://www.facebook.com/SWSamaSquare.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!