MB, Exco Negeri Sembilan guna Toyota Camry ganti Honda Accord

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menggunakan Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi bagi menggantikan kereta Honda Accord yang digunakan sebelum ini.

Sebanyak 16 buah akan dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, 10 anggota Exco, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan negeri dan mufti.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan membeli kereta baharu itu bagi mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi perlu ditanggung kerajaan negeri.

"Honda Accord dah berusia lima tahun, jadi dah sampai waktunya kita tukar dengan yang baharu. Kalau tidak, kita perlu menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.

"Kesemuanya kereta ini diterima secara berperingkat. Sebahagiannya dah sampai manakala sebahagian lagi belum," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri telah membelanjakan RM206,000 untuk setiap kereta baharu berkenaan tanpa sebarang pengecualian cukai.

"Kereta lama akan dibuka untuk jualan kepada anggota Exco terdahulu dan mereka boleh membuat permohonan jika berminat.

"Exco yang menggunakan kereta itu sebelum ini akan diberi keutamaan untuk membelinya dan mereka perlu bayar jumlah tertentu untuk kenderaan ini," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

INFO

- Beli 16 Toyota Camry baharu

- Harga RM206,000 sebuah

- Ganti Honda Accord berusia 5 tahun

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!