Kedah pandang serius isu kekurangan doktor

Tangkap layar di aplikasi X (kiri) memaparkan tentang isu kekurangan doktor. Mansor (kanan).
Tangkap layar di aplikasi X (kiri) memaparkan tentang isu kekurangan doktor. Mansor (kanan).
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan Kedah memandang serius isu kekurangan doktor yang berlaku dengan memberi perhatian sewajarnya sekali gus memastikan akses kesihatan rakyat tidak terjejas.

Exco Kesihatan, Perumahan, Kerajaan Tempatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kekurangan doktor yang ditempatkan di pusat perubatan khususnya di hospital kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya, setakat ini, tiada maklumat rasmi yang diperoleh mengenai kes tular membabitkan kekurangan doktor di mana-mana hospital kerajaan di negeri ini.

"Maklumat rasmi belum diterima, namun jika ada siasatan lanjut akan dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian susulan tindakan pengguna media sosial di aplikasi X yang memuat naik kenyataan mendakwa berlaku kekurangan doktor di sebuah hospital kerajaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa disebabkan perkara tersebut, kemungkinan masa menunggu pesakit untuk diberi rawatan mencecah lima jam.

"Doktor kami kerja sampai pengsan. Sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan pergi swasta.

"Kami ingin beri khidmat kepada rakyat tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan puan faham. Minta maaf," berdasarkan kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Mansor berharap agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap isu berkenaan sehingga mengundang mengundang kegusaran awam.

"Kita minta rakyat tidak susah hati, siasat dulu, jika berlaku (isu terbabit) kita akan bawa ke pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!