Lelaki bakar rumah, berang tak dapat wang beli dadah

Reza ketika dirakam melakukan perbuatan berkenaan.
Reza ketika dirakam melakukan perbuatan berkenaan.
A
A
A

MEDAN - Seorang lelaki tergamak membakar rumah orang tuanya selepas gagal mendapatkan wang daripada mereka untuk membeli dadah, di sini Ahad lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Reza, 26, yang berasal dari perkampungan Sari Rejo, Daerah Medan Polonia nekad melakukan perbuatan itu selepas berang permintaannya tidak dipenuhi oleh ibu bapanya.

Menurut Ketua Polis Medan Baru, Kompol Yayang Rizki Pratama, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecelakaan susulan rumah berkenaan tidak berpenghuni ketika ia dibakar.

"Tiada orang di rumah ketika Reza melakukan perbuatan berkenaan dan suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya kepada TvOne pada Rabu.

Dalam kejadian itu, rumah berkenaan berjaya diselamatkan apabila orang ramai yang melihat kejadian itu turut membantu memadamkan kebakaran sebelum bomba tiba. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!