Lawrence Wong angkat sumpah sebagai PM baharu Singapura
SINGAPURA - Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Turut mengangkat sumpah ialah barisan kabinet baharu termasuk bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Teo Chee Hean yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan, dan Gan Kim Yong serta Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!