Sudahlah pandu lori tanpa lesen, warga asing tunjuk lagak pula

Lelaki Pakistan pandu lori tanpa lesen memandu sah tunjuk lagak mempertikai penguatkuasaan JPJ semasa Ops PeWa. Foto FB JPJ Pulau Pinang
Lelaki Pakistan pandu lori tanpa lesen memandu sah tunjuk lagak mempertikai penguatkuasaan JPJ semasa Ops PeWa. Foto FB JPJ Pulau Pinang
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 15 motosikal dan sebuah lori yang digunakan warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Taman Arowana dan Taman Pelangi di sini, semalam.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan, kesemua motosikal disita itu ditunggang warga Pakistan, Rohingya, Bangladesh dan lndonesia kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah khususnya tiada lesen memandu.

"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia turut tunjuk lagak mempertikai penguatkuasaan JPJ serta enggan memberi lesen memandu semasa Ops PeWa.

JPJ Pulau Pinang menyita 15 motosikal dan sebuah lori yang digunakan warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Taman Arowana dan Taman Pelangi pada Rabu. Foto FB JPJ Pulau Pinang

"Pemeriksaan mendapati dia tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).

"JPJ turut menyita tujuh motosikal di Taman Arowana manakala di Taman Pelangi sebanyak lapan motosikal disita," menurut hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Penguatkuasaan itu dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!