[VIDEO] ‘Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat’ - Nooryana

A
A
A

SHAH ALAM - Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Perkara itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa yang memberi bayangan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak akan dibebaskan buat sementara waktu ini.

“Ramai yang bertanya bila Najib, Bossku boleh dibebaskan? Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun beri isyarat.

“Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

Bagaimanapun, beliau menegaskan hanya akan memberi cadangan tersebut jika diminta oleh Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, menurut pengendali akaun Facebook Najib Razak, kerajaan didakwa tidak berlaku adil dan pihak keluarga perlu menunggu dalam tempoh lebih lama untuk menyelesaikan kes di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Menurutnya, jika terdapat Titah Adendum, kerajaan perlu melaksanakan segera baki hukuman penjara Najib di rumah.

Artikel Berkaitan:

Nooryana Najwa beri bayangan bapanya Najib Razak tidak akan dibebaskan buat sementara waktu ini.
Nooryana Najwa beri bayangan bapanya Najib Razak tidak akan dibebaskan buat sementara waktu ini.

“Adakah Anwar sedar bahawa ketidakadilan besar sudah berlaku ke atas Najib seperti diputuskan hakim besar kedua paling kanan dalam Malaysia dan dia sedang dipenjarakan hanya sebab hakim kata ia bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta daripada dana yang sudah pun dilulus dan dibayar untuk kerja sedekah?

“Memandangkan perbicaraan kes 1MDB masih di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi mungkin perlu ambil masa beberapa tahun lagi untuk selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Jika wujud titah Yang di-Pertuan Agong maka kerajaan perlu patuh dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!