ICJ tolak permintaan Israel tangguh perbicaraan

ICJ menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan. Foto Reuters
ICJ menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan. Foto Reuters
A
A
A

AMMAN - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) dengan memetik akhbar Israel, Yediot Aharonot pada Rabu.

Akhbar itu menyatakan bahawa Israel menjangkakan ICJ akan mengeluarkan arahan untuk menghentikan serangan pada Khamis, sambil menambah bahawa ia tidak berhasrat untuk mematuhinya.

Sebaliknya, Perbadanan Penyiaran Israel mengesahkan bahawa Israel akan menghantar pasukan undang-undang ke ICJ untuk memberi maklum balas terhadap permintaan untuk menghentikan perang. Bernama-Petra

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!