Zii Jia mara suku akhir Terbuka Thailand

Lee Zii Jia. Foto Agensi
Lee Zii Jia. Foto Agensi
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak positif Terbuka Thailand selepas mudah mengatasi cabaran pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin dalam pusingan kedua di Stadium Nimibutr, Bangkok pada Khamis.

Bagaimanapun set pertama menyaksikan juara edisi 2022 berstatus nombor 10 dunia tersebut diasak hebat sebelum menang 22-20.

Set kedua, Zii Jia yang tampil di Thailand dengan status juara edisi 2022, tidak menunggu lama untuk mengakhiri cabaran lawan yang berkedudukan ranking 48 dunia, 21-7 dalam masa 36 minit.

Cabaran Zii Jia di suku akhir adalah berdepan jagoan nombor 19 dunia, China, Lu Guangzu yang menewaskan wakil Jepun, Koki Watanabe berstatus 21 dunia, 21-11, 18-21, 21-19 dalam masa 70 minit.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah sebelum itu menyingkap kempen edisi 2024 dengan menewaskan wakil China, Lei Lan Xi, 21-17, 23-21 dalam aksi 50 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!