Pusat Rawatan TH di Madinah dapat kelulusan permit
16 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 MEI 2024
Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Madinah buat tahun ketiga berturut-turut telah menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit beroperasi (Tasrih) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kelulusan ini membolehkan TH membuka pusat rawatan dan beroperasi sepenuhnya bagi musim haji kali ini.
Menurutnya, kelulusan permit ini diberikan setelah pusat rawatan TH melalui pemeriksaan yang ketat, teliti dan rapi oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #ArabSaudi