Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan beberapa individu tidak dikenali dan melakukan pindahan wang dari tempoh 21 Mac hingga 12 Mei.

"Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 19 kali menggunakan wang miliknya sendiri. Lelaki itu membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu oleh sindiket itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian merupakan antara kes mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding kes lain bagi suku tahun pertama kali ini.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya kepada pihak menawarkan pelaburan secara dalam talian dengan keuntungan tinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!