Jangan mandi laut dalam 'edah monsun'!

Kelihatan pasukan penyelamat melakukan pencarian di air. Gambar kecil: Mat Yassim Mohamed
Kelihatan pasukan penyelamat melakukan pencarian di air. Gambar kecil: Mat Yassim Mohamed
A
A
A

DUNGUN - Orang ramai diingatkan jangan sesekali mandi atau menghampiri pantai dalam tempoh 'edah monsun' bermula dari Disember hingga Mac.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, Mat Yassim Mohamed berkata, ketika musim monsun atau tengkujuh di Terengganu, pantai merupakan kawasan larangan kerana ombak kuat dan laut bergelora sukar diduga.

"Memang ada ketikanya gelora reda dalam tempoh sehari, dua tapi ia boleh bertukar jadi gelora kuat. Bagi yang biasa dengan laut seperti nelayan dan masyarakat tempatan, mereka memang tahu tempoh pantang ini.

"Masalah berlaku apabila ada orang luar dan yang tidak biasa dengan pantai, mereka masih bermain dan mandi manda di pantai tanpa tahu risiko yang mereka bakal hadapi.

"Kebiasaannya selepas Tahun Baru Cina, kebanyakan aktiviti di laut mula aktif tapi bagi nelayan misalnya, mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga sehinggalah tempoh yang dikira selamat bermula Mac," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian lemas membabitkan empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZA) di Pantai Teluk Bidara, petang kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mie... aku tunggu mu'

'Anak tak pandai berenang, tak pernah mandi pantai'

Artikel Berkaitan:

Laungan azan iringi pencarian empat pelajar lemas

Mengulas lanjut, Mat Yassim berkata, Pantai Teluk Bidara mempunyai gelombang dan arus berbeza dengan pantai lain kerana lokasinya di tepi muara Kuala Dungun.

Malah katanya, pantai berbatu dan curam itu agak berbahaya dan mudah tergelincir bagi mereka yang tidak biasa dengan kawasan pantai itu.

"Saban tahun, Pantai Teluk Bidara akan 'memakan' mangsa dalam tempoh edah monsun ini. Orang tempatan biasanya akan melarang orang mandi di pantai pada musim ini.

"Tapi kita tidak mampu untuk melarang semua. Sebab itu setiap masa, kena beringat dan waspada apabila berada di pantai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!