Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

KUALA BESUT - Seorang pelancong wanita warga Jerman lemas semasa mandi di Pulau Perhentian petang tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata, suami mangsa, yang juga warga Jerman, telah menarik mangsa ke pantai dengan bantuan orang awam sebaik menyedari isterinya lemas.

"Mangsa telah diberikan bantuan kecemasan awal, namun tidak berjaya sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

"Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Khairi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!