'Saya belajar banyak di Chengdu 2024' - Jun Hao

Jun Hao
Jun Hao
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengakui pengalaman beraksi dalam kempen Piala Thomas 2024 di Chengdu, China baru-baru ini membantu dalam mematangkan permainannya semasa Terbuka Thailand Super 500.

“Saya belajar banyak di Chengdu dan menewaskan beberapa nama terkenal. Saya datang ke sini dengan rasa lebih yakin dengan kemampuan...

“Saya kerap menyertai kejohanan peringkat tinggi sekarang. Apabila saya bermain lebih banyak perlawanan menentang pemain terbaik, saya akan bertambah baik.

“Pengalaman itu pasti menjadikan saya pemain yang lebih baik,” kata pemain di ranking 37 dunia itu yang yakin akan tampil lebih menyerlah selepas ini menjinakkan Koki Watanabe dan Ng Ka Long Angus di Chengdu 2024.

Cabaran Jun Hao di Terbuka Thailand Super 500 sebelum itu tersekat di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain tuan rumah yang juga juara bertahan Kunlavut Vitidsarn.

Jun Hao tewas dalam pertarungan tiga set kepada juara dunia edisi Copenhagen 2023, 22-20, 14-21, 21-23 dalam aksi 92 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok pada Khamis.

Mengenai perlawanan menentang Kunlavut, Jun Hao berkata, dia bermain dengan baik dan konsisten sepanjang masa namun mungkin kehilangan sedikit tuah.

“Saya memberi diri saya 10 markah (daripada 10) untuk usaha di sini. Apa yang saya ada, apa yang saya perlukan, saya mampu hasilkan.

Artikel Berkaitan:

“Saya memerah keringat setiap inci terakhir, cuma ia bukan hari saya.”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!