APM sesuaikan latihan anggota dengan cuaca

Kesavan (kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Kehormat APM daripada Aminurrahimsempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini pada Khamis.

A
A
A

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak akan mengurangkan latihan sedia ada untuk anggotanya susulan kematian seorang anggota akibat strok haba pada April lalu.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya akan menyesuaikan latihan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.

Menurutnya, APM sudah mendapat nasihat dan taklimat daripada Kementerian Kesihatan untuk lebih berwaspada dalam menjalani latihan ketika musim panas.

"Kita tidak menjuruskan kepada pengurangan latihan tetapi bentuk-bentuk latihan dalam situasi-situasi latihan itu kita akan mengambil kira lokasi dan cuaca sebagai contoh biasanya kita buat latihan sebelah malam kalau tengah hari kita kena kurangkan atau elakkan.

"Tetapi dari segi latihan kita tidak akan kurangkan kerana itu ada KPI (petunjuk prestasi) dan kena pastikan warga APM dalam keadaan siap siaga," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini pada Khamis.

Kar Hing (kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Kehormat APM daripada Aminurrahimsempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini pada Khamis.

Pada 22 April lalu, seorang anggota APM Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah dan disahkan koma sejak 9 Mac lalu ketika menjalani latihan di Port Dickson.

Allahyarham Muhammad Afiq Ammar, 25, yang dipercayai terkena strok haba pada mulanya dimasukkan ke Hospital Port Dickson, namun dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini selepas kesihatannya semakin merosot.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Aminurrahim berkata, APM telah bersiap sedia menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula hari ini dengan beberapa penambahbaikan melibatkan kerjasama daripada agensi berkaitan.

Menurutnya, berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), MBD yang berlangsung kali ini diramal sederhana dan tidak ekstrem.

"Pada tahun ini oleh kerana MetMalaysia menjangkakan dalam keadaan sederhana, maka kita akan meneruskan apa yang kita telah laksanakan pada tahun lepas dengan penambahan agensi yang bekerjasama dengan kita.

"Macam tahun lepas kita telah membuat sembilan kerjasama dengan agensi terlibat dan tahun ini kita akan tingkatkan terutama dalam kalangan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan ketua-ketua masyarakat seperti imam, ketua kampung, penghulu, tok batin dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, mengenai tambahan perjawatan susulan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau memaklumkan perkara itu telah diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila perkara itu dibawa ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Ketua Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Aminurrahimsempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini pada Khamis.

Jelasnya, setakat ini tiada perjawatan tetap yang disediakan tetapi APM memperoleh 302 perjawatan kontrak tambahan untuk diisi.

"Sebenarnya selepas sahaja pengumuman tersebut, JPA telah pun memperakukan ke Kementerian Kewangan melibatkan jawatan kontrak dahulu sebab kita tahu ketika ini tiada lantikan tetap selagi tiada kajian untuk skim baharu diumumkan.

"Jawatan kontrak berkenaan pada ketika ini memang relevan dalam masa sama kita juga terus membuat beberapa siri mesyuarat dengan JPA dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) untuk beberapa lagi berita baik yang kita sedang usahakan dan akan ada beberapa susulan lain. Kita agak berhati-hati kerana kita menunggu situasi atau kesan daripada perjawatan yang baharu," katanya.

Sementara itu, sempena majlis tersebut, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing turut dilantik sebagai Pegawai Kehormat APM selain Sinar Harian antara agensi media yang turut diberikan sijil penghargaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!