Netizen puji Jepun sediakan kemudahan surau di hentian lebuh raya

Paparan Mohamad Asfaiznizam mencuri perhatian netizen sekali gus tular di laman sosial.
Paparan Mohamad Asfaiznizam mencuri perhatian netizen sekali gus tular di laman sosial.
A
A
A

TOKYO - Dalam usaha memperbaiki pemahaman ajaran Islam di negaranya, Jepun memulakan langkah kanan dengan menyediakan tempat solat di hentian lebuh rayanya.

Seorang pelayar Twitter, Mohamad Asfaiznizam Hamid berkongsi maklumat itu sekali gus membuka mata orang ramai tentang keterbukaan negara matahari terbit itu kepada agama Islam.

"Alhamdulillah mulai sekarang kerajaan Jepun akan mula sediakan tempat solat di lebuh raya di Jepun. Insya-ALLAH dengan kemudahan ini lebih ramai orang akan dapat manfaat," ciapnya.

Buat masa ini, kemudahan surau sudah disediakan di lebuh raya antara Nagoya dan Tokyo.

“Surau boleh digunakan di lebuh raya antara Nagoya dan Tokyo... Kemudahan ini sedang dalam pertimbangan untuk diperluaskan ke lebuh raya utama lain,” ciapnya pantas menarik perhatian netizen.

Menurutnya, perkongsian itu bertujuan menyebarkan maklumat pada sahabat yang masih berada di negara itu sama ada belajar atau bekerja kerana ia sangat bermanfaat kepada semua.

Mohamad Asfaiznizam juga menegaskan, tiada sebarang niat untuk membandingkan Jepun dengan negara lain termasuk agama mahupun politik.

"Tiada sebarang niat saya bandingkan dengan mana-mana negara, agama apatah lagi nak kaitkan dengan politik.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kamu semua janganlah gaduh-gaduh. Sebarkan kebaikan dan senyuman. Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit," jelasnya kepada segelintir netizen yang mengecam tindakan memuat naik status tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyambut baik usaha kerajaan Jepun kerana sebelum ini segelintir orang Muslim perlu solat di parkir atau di mana-mana lokasi ekoran kekurangan ruang untuk menunaikan solat.

"Terima kasih atas usaha tersebut," kata Amirah manakala Yunizam pula memberitahu, usaha membina surau di lebuh raya sangat bagus terutama bagi pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.

Pada hantaran sama, Mohamad Asfaiznizam berkongsi video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan temu bual dari sebuah televisyen tempatan di Jepun tentang kemudahan surau di salah sebuah lebuh raya di sana.

Muslim juga tidak perlu bimbang dengan arah kiblat kerana surau itu telah menyediakan penanda arah kiblat dan beberapa helaian sejadah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!