Jemaah wanita meninggal dunia selepas solat Maghrib
ALOR SETAR - Seorang jemaah meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Zahir dekat sini pada Khamis.
Rosnah Ramli, 60, dipercayai tidak sedarkan diri selepas selesai beribadat di masjid tersebut.
Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Negeri, Muhd Kamal Ariffin Abdul Hamid berkata, pihaknya menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia.
"Dijemput ALLAH SWT usai membaca doa Yasin. Terdahulu, dalam keadaan berpuasa sunat, berbuka puasa di Masjid Negeri bersama suami tercinta, bersolat Maghrib berjemaah dan membaca Yasin.
"Kembalilah wahai jiwa yang tenang. Kematian yang husnul khotimah. Menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kami semua yang masih hidup," katanya pada Jumaat.
Beliau berkata, jenazah dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!