[VIDEO] Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

A
A
A

KUALA PILAH - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang di sini berjumlah RM2,190, Mac lalu.

Tertuduh Anis Abdul Aziz, 56, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayuti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM2,190 milik syarikat MyCU Retail Sdn Bhd di sebuah bank di daerah Kuala Pilah pada 31 Mac lalu jam 2.53 petang.

Sehubungan itu, dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman susulan ia merupakan kes pertamanya selain sudah berusia.

"Saya masih perlu menanggung seorang anak dan isteri yang menghidap penyakit skizofrenia, jika saya tidak kerja macam manalah saya nak beri nafkah harian kepada mereka," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunisa Zainudin dalam hujahannya memohon hukuman setimpal agar faktor kepentingan awam diambil kira berbanding kepentingan peribadi.

Artikel Berkaitan:

Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang, berjumlah RM2,190, Mac lalu.
Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang, berjumlah RM2,190, Mac lalu.

"Pengadu hampir dibuang kerja dan berdepan tuduhan pecah amanah. Selain itu, tertuduh sudah berusia dan sepatutnya menjadi teladan serta pengajaran baik kepada masyarakat di luar sana.

"Mohon hukuman setimpal dan hukuman dari tarikh sabitan," katanya.

Mengikut fakta kes, mangsa iaitu pekerja wanita berusia 20 tahun berada di bank berkenaan bagi melakukan satu transaksi memasukkan wang tunai hasil jualan harian milik syarikat melalui mesin deposit tunai (CDM) ke nombor akaun syarikat.

Bagaimanapun, semakan melalui penyata akaun bank syarikat mendapati tiada transaksi kemasukan wang pada tarikh tersebut dan mangsa telah membuat laporan polis.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) bank mendapati semasa kejadian tertuduh yang memakai baju kemeja berwarna ungu dan berseluar hitam telah mencuri wang tunai milik syarikat mangsa yang ketika itu sedang dimasukkan ke dalam CDM.

Wang tersebut telah habis digunakan oleh tertuduh untuk perbelanjaan harian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!