Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan

Suasana di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail pada Jumaat.
Suasana di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Proses bedah siasat membabitkan mayat dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi sedang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Jumaat.

Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Tinjauan Bernama mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.

Turut kelihatan beberapa waris mangsa.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang cedera dalam kejadian berkenaan dihantar ke HSI untuk menerima rawatan.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!