Perketat semakan transaksi libat akaun syarikat

Ramli ketika sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ramli ketika sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan diingatkan supaya melakukan semakan terperinci berkaitan pindahan wang daripada individu ke dalam akaun syarikat bagi mengelakkan diambil kesempatan sindiket pelaburan tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terdapat kes jenayah berkenaan direkodkan membabitkan akaun syarikat.

Beliau berkata, berdasarkan kes direkodkan pihaknya mendapati akaun dibuka dengan mudah sehinggakan wang disalurkan dan seterusnya berperanan sebagai keldai akaun.

"Bank perlu mengenal pasti secara lanjut berkaitan pelanggan mereka, terutamanya melibatkan syarikat yang ada di antaranya menggunakan nama fancy.

"Bila kita lakukan semakan berkaitan penipuan melibatkan akaun syarikat ini, dan identiti syarikat itu sendiri pun dicurigai, bagaimana pihak bank melaksanakan verifikasi terhadap syarikat tersebut sebelum akaun bank dibuka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian RM1.73 juta akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu diperdaya untuk menyertai pelaburan saham yang diiklankan itu dalam media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa kemudiannya telah melakukan lapan transaksi pindahan wang berjumlah RM1.73 juta berkaitan urus niaga pasaran saham berasaskan emas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!