‘Terima kasih jadi anak baik’ - Kakak mangsa

Kakak-kakak Ahmad Azza Fahmi meluahkan rasa sedih atas kehilangan adik kesayangannya.
Kakak-kakak Ahmad Azza Fahmi meluahkan rasa sedih atas kehilangan adik kesayangannya.
A
A
A

SHAH ALAM - “Al-Fatihah, terima kasih sebab jadi anak baik,” demikian luahan kakak kepada Ahmad Azza Fahmi Azhar, anggota polis yang terkorban kerana serangan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI).

Berdasarkan perkongsian @i.shamimie di Instagram, kakak mangsa juga meluahkan rasa sedih atas kehilangan yang cukup tragis itu.

“Amiiii kau buat kami sedih. Kenapa pergi ami ?” luahnya.

Seorang lagi kakak mangsa melalui akaun @azzaassyariena turut berkongsi rasa yang sama dan meluahkan rasa sayang kepada adiknya yang mesra dipanggil Tam itu.

“Al-Fatihah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Pada yang mengenali adik saya, mohon ampunkan salah silap dia. Halalkan makan minumnya. Moga ALLAH tempatkan beliau di syurga,” katanya.

Ahmad Azza Fahmi merupakan salah seorang daripada dua wira negara yang terkorban dalam insiden serangan oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi Jumaat.

Mangsa yang berpangkat Konstabel dan rakannya, Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said maut dalam kejadian pada jam 2.54 pagi itu.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua mangsa merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan Sang Saka Biru kira-kira dua tahun.

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan terselamat namun mengalami cedera parah dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!