Dua anggota polis terkorban baru dua tahun bertugas

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di Balai Polis Ulu Tiram. Foto FB PDRM
Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di Balai Polis Ulu Tiram. Foto FB PDRM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua wira negara terkorban dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini pada Jumaat merupakan anggota polis yang baru bertugas selama dua tahun.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut.

Kedua-duanya baru sahaja berkhidmat dengan pasukan Sang Saka Biru lebih kurang dua tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa.

"Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," kata PDRM menerusi laman sosial Facebook pada Jumaat.

No Image Caption

Proses bedah siasat membabitkan jenazah dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan itu dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan terselamat daripada serangan individu bertopeng yang melakukan serangan jam 2.45 pagi.

Bagaimanapun Mohd Hasif mengalami cedera parah dan mendapat rawatan lanjut di HSI.

Terdahulu, Razarudin meluangkan masa melawat seorang anggota polis yang menjadi mangsa serangan tersebut bersama Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!