Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan di Balai Polis Ulu Tiram

Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi. Foto Bernama
Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi. Foto Bernama
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

"Kami bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap pegawai yang cedera segera sembuh," kata Kementerian Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan.

Kementerian itu termasuk Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, sedang memantau situasi berkenaan, kata MFA.

MFA juga menasihatkan warga Singapura di Malaysia atau yang akan melancong ke negara itu agar berwaspada dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri mereka.

"Warga Singapura yang melancong ke Malaysia disarankan untuk mendaftar dengan MFA melalui laman sesawang kami, https://eregister.mfa.gov.sg, supaya kami dapat menghubungi dan membantu anda dalam keadaan kecemasan," katanya, sambil menambah bahawa semua warga Singapura yang melancong ke luar negara digalakkan untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan yang komprehensif.

Dalam insiden 2.45 pagi itu, dua anggota polis - Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said - terkorban manakala seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang penceroboh di balai berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang ditembak mati di lokasi kejadian disyaki ahli Jemaah Islamiyah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!