IF naskhah tontonan bersama
JOHN Krasinski kembali dengan projek ‘gila kuasa’ berjudul IF (Imaginary Friends). Bukan tentang dunia pasca apokaliptik seperti karyanya sebelum ini, A Quiet Place, tetapi kali ini dia mempertaruhkan sebuah filem kanak-kanak.
Tidak hanya memegang tampuk pengarahan, Krasinski ‘memegang’ jawatan pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga penerbit untuk filem kali ini.
Lebih istimewa, bintang berusia 44 tahun itu mengakui, IF adalah sebuah naskhah yang dicipta khas buat dua anak perempuannya.
“Filem ini sangat istimewa kerana 100 peratus dicipta untuk anak saya. Ya, saya sudah lama ingin buat filem untuk anak-anak saya!” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan Paramount Pictures.
Perjalanan IF dibuka dengan montaj hangat mengenai kehidupan Bea (Cailey Fleming), anak perempuan tunggal yang melalui kehidupan bahagia sehinggalah ibunya meninggal dunia.
Beberapa tahun kemudian, kehidupan Bea kembali suram selepas bapanya pula jatuh sakit sehingga memerlukan Bea tinggal bersama nenek dan kerap melawat bapanya di hospital.
Di tengah-tengah proses menyesuaikan diri dengan rutin baharu itu, Bea melalui kejadian aneh.
Bea melihat beberapa figura pelik yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia lain. Dua daripadanya ialah gergasi besar berambut ungu bernama Blue (suara Steve Carell) dan Blossom (Phoebe Waller-Bridge), seekor lebah yang elegan.
Selain itu, terdapat juga seorang lelaki misteri, Cal (Ryan Reynolds) yang menjaga makhluk aneh ini. Selepas bertegur sapa, barulah Bea menyedari makhluk aneh itu adalah IF iaitu figura yang tercipta menerusi imaginasi kanak-kanak lain, tetapi sudah dilupakan. Manakala Cal pula sedang mencari jalan untuk anak-anak lain menjadi kawan baharu mereka.
Di situ bermulanya perjalanan Bea bersama kawan-kawan khayalan baharunya yang pelbagai bentuk dan warna. Masing-masing mempunyai ciri-ciri dan personaliti unik; walaupun hanya muncul sebentar.
Ditambah pula dengan pinjaman suara daripada bintang ternama seperti Awkwafina, Maya Rudolph, Blake Lively, Bradley Cooper, Emily Blunt dan Matt Damon, menjadi penambah rasa untuk menggeletek hati penonton.
Lakonan Reynolds juga tidak kurang hebatnya. Biarpun karakternya lebih sopan dan pernah dibawa dalam beberapa filem lain sebelum ini, tetapi aura aktor itu telah menjadi daya penarik untuk dalam setiap naskhah lakonannya.
Dari segi jalan cerita, IF bukan hanya naskhah tentang kanak-kanak, tetapi Krasinski telah ‘menyentuh’ sedikit zaman kanak-kanak kita yang mungkin sudah dilupakan.
Perjalanan ini juga disulam dengan babak serius, terutamanya melibatkan perbualan emosi Bea dengan bapanya. Namun, itu tidak bermakna filem ini sukar untuk dinikmati oleh penonton muda.
Sekali lagi, tingkah laku pelik dan ajaib IF akan menjadi hiburan untuk si kecil anda. Apakah misi Cal dan Bea akan berjaya? Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.
John Krasinski kembali dengan projek ‘gila kuasa’ berjudul IF (Imaginary Friends). Bukan tentang dunia pasca apokaliptik seperti karyanya sebelum ini, A Quiet Place, tetapi kali ini dia mempertaruhkan sebuah filem kanak-kanak.
Tidak hanya memegang tampuk pengarahan, Krasinski ‘memegang’ jawatan pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga penerbit untuk filem kali ini.
Lebih istimewa, bintang berusia 44 tahun itu mengakui, IF adalah sebuah naskhah yang dicipta khas buat dua anak perempuannya.
“Filem ini sangat istimewa kerana 100 peratus dicipta untuk anak saya. Ya, saya sudah lama ingin buat filem untuk anak-anak saya!” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan Paramount Pictures.
Perjalanan IF dibuka dengan montaj hangat mengenai kehidupan Bea (Cailey Fleming), anak perempuan tunggal yang melalui kehidupan bahagia sehinggalah ibunya meninggal dunia.
Beberapa tahun kemudian, kehidupan Bea kembali suram selepas bapanya pula jatuh sakit sehingga memerlukan Bea tinggal bersama nenek dan kerap melawat bapanya di hospital.
Di tengah-tengah proses menyesuaikan diri dengan rutin baharu itu, Bea melalui kejadian aneh.
Bea melihat beberapa figura pelik yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia lain. Dua daripadanya ialah gergasi besar berambut ungu bernama Blue (suara Steve Carell) dan Blossom (Phoebe Waller-Bridge), seekor lebah yang elegan.
Selain itu, terdapat juga seorang lelaki misteri, Cal (Ryan Reynolds) yang menjaga makhluk aneh ini. Selepas bertegur sapa, barulah Bea menyedari makhluk aneh itu adalah IF iaitu figura yang tercipta menerusi imaginasi kanak-kanak lain, tetapi sudah dilupakan. Manakala Cal pula sedang mencari jalan untuk anak-anak lain menjadi kawan baharu mereka.
Di situ bermulanya perjalanan Bea bersama kawan-kawan khayalan baharunya yang pelbagai bentuk dan warna. Masing-masing mempunyai ciri-ciri dan personaliti unik; walaupun hanya muncul sebentar.
Ditambah pula dengan pinjaman suara daripada bintang ternama seperti Awkwafina, Maya Rudolph, Blake Lively, Bradley Cooper, Emily Blunt dan Matt Damon, menjadi penambah rasa untuk menggeletek hati penonton.
Lakonan Reynolds juga tidak kurang hebatnya. Biarpun karakternya lebih sopan dan pernah dibawa dalam beberapa filem lain sebelum ini, tetapi aura aktor itu telah menjadi daya penarik untuk dalam setiap naskhah lakonannya.
Dari segi jalan cerita, IF bukan hanya naskhah tentang kanak-kanak, tetapi Krasinski telah ‘menyentuh’ sedikit zaman kanak-kanak kita yang mungkin sudah dilupakan. Perjalanan ini juga disulam dengan babak serius, terutamanya melibatkan perbualan emosi Bea dengan bapanya. Namun, itu tidak bermakna filem ini sukar untuk dinikmati oleh penonton muda.
Sekali lagi, tingkah laku pelik dan ajaib IF akan menjadi hiburan untuk si kecil anda. Apakah misi Cal dan Bea akan berjaya? Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!