'Post-mortem’ ketahui cara kembalikan sokongan belia

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

MELAKA - ‘Post-mortem’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis memain peranan penting bagi mengetahui masalah sokongan belia terhadap Pakatan Harapan (PH) dan mencari cara untuk mengembalikan sokongan itu, kata Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perbincangan bersama semua pemimpin PH pada 'post-mortem' itu diharap mampu menghasilkan formula dan strategi berkesan bagi memastikan sokongan anak muda kembali kepada PH.

"Saya rasa semua kepimpinan akan hadir untuk bincang perkara ini secara menyeluruh. Panggilan post- mortem ini penting untuk kita bedah siasat, fahami masalah dan apa yang kita perlu lakukan bersama," katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Terdahulu, beliau menghadiri Hari Keluarga Bersatu di Bandar Hilir di sini yang turut dihadiri Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Noor Effendi Ahmad.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, PH akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!