Kim Swee lega Sabah FC pungut mata penuh

Kim Swee
Kim Swee
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa lega selepas barisan pemainnya berjaya memungut mata penuh apabila menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-2 dalam aksi sengit Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun sedikit kecewa selepas pasukannya melepaskan dua jaringan kepada lawan pada perlawanan tersebut.

"Kita perlu belajar di sini, walaupun mendahului namun tidak boleh leka. Jika leka, kita meletakkan tekanan kepada pasukan sendiri.

"Namun bagi kita, mata yang diperolehi lebih penting daripada apa yang berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super menentang KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

Gol kemenangan Sabah FC dijaringkan oleh Gabriel Peres (minit ke-25), Stuart Wilkin (minit ke-65) dan Roman Macedo (minit ke-68) sementara Kim Lik Wan serta Bae Kyeong Hwa meledakkan gol untuk KDN FC.

Menurut beliau, Sabah FC akan memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi memastikan pasukan itu tampil lebih baik selepas ini.

Beliau sudah menjangkakan akan menerima tentangan sengit memandangkan lawan menunjukkan aksi baik semasa bertemu dengan Pahang.

Kim Swee berkata, melihat kepada persembahan KDN itu beliau tidak menolak kemungkinan pasukan yang berkunjung ke Kota Bharu bakal berdepan laluan sukar.

Artikel Berkaitan:

Mengulas persembahan penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat, beliau menyerahkan kepada pengendali kebangsaan itu untuk membuat penilaian samaada layak untuk kembali ke pangkuan Harimau Melayu.

Katanya, Khairul Fahmi atau Apek telah memberikan aksi terpuji sepanjang beraksi dengan Sabah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!