Bung Moktar tepis dakwaan pelantikan JKDM strategi 'pecah dan perintah'
18 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 MEI 2024
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menepis dakwaan pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) diwujudkan sebagai strategi UMNO untuk 'pecah dan perintah' rakyat di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menjelaskan JKDM diwujudkan adalah untuk menyelaras program memperkasakan ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan matlamat membantu mengurangkan kemiskinan tegar di Sabah.
Kata Bung Moktar, dakwaan mengatakan pecah dan perintah itu adalah daripada pemimpin yang tidak mempunyai maklumat serta tidak memahami mengenai fungsi JKDM.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com