Produk Elizabeth Arden di Shopee

PENGGUNA berpeluang menerima baucar RM20 jika membuat pembelian produk Elizabeth Arden bernilai RM150 di Shopee.
PENGGUNA berpeluang menerima baucar RM20 jika membuat pembelian produk Elizabeth Arden bernilai RM150 di Shopee.
A
A
A

ELIZABETH Arden satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Mengimbas sejenak sejarahnya, ia diasaskan oleh Florence Nightingale Graham atau lebih dikenali sebagai Elizabeth Arden.

Pada tahun 1910, beliau telah membuka Salun Red Door di Fifth Avenue, New York, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan solekan khas untuk kaum wanita.

Pada tahun berikutnya, Arden mempunyai lebih 100 salun di seluruh dunia. Pada tahun 1996, mereka memilki kira-kira 300 jenis produk kosmetik.

Tahun 2020 merupakan tahun ke-110 ulang tahun jenama mewah itu.

Bagi memperluaskan empayarnya, Elizabeth Arden berganding bagu bersama platform e-dagang utama Malaysia, Shopee.

Melalui kerjasama itu, mereka antara lain menawarkan kepada pengguna Malaysia rangkaian produk Eight Hour yang telah memenangi anugerah lantaran keberkesanannya dalam memperbaiki kulit seawal lapan jam selepas digunakan.

Selain itu, pengguna juga berpeluang mendapatkan rangkaian Eight Hour, Great 8 Daily Defense Moisturizer.

Artikel Berkaitan:

Produk itu dikatakan memiliki lapan faedah. Antaranya melindungi kulit daripada kesan negatif pencemaran, sinar biru termasuk inframerah. Shopee dalam satu kenyataan berkata, Elizabeth Arden turut menawarkan produk penjagaan kulit popular Skin Protectant dengan lapan cara penggunaan yang berbeza, Lip Protectant Stick yang boleh didapati dalam empat warna dan All-Over Miracle Oil yang memberi kelembutan kepada kepada tubuh, muka dan rambut.

Sempena ulang tahun Elizabeth Arden, bermula pada 15 Januari lalu hingga 31 Januari 2020, pengguna Shopee menikmati diskaun hingga 56 peratus untuk rangkaian produk Eight Hour, diskaun 25 peratus untuk produk berharga biasa.

"Orang ramai juga akan menerima baucar RM20 jika membuat pembelian membeli produk Elizabeth Arden bernilai RM150 di Shopee," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Elizabeth Arden, layari https://shopee.com.my/elizabetharden.os

Dalam pada itu, sempena perayaan Tahun Baharu Cina, pengguna juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berbaloi termasuk tawaran harian RM8 dan penghantaran percuma RM18.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!