Kerajaan perlu lebih telus perjelas isu berkait MAHB - Rafique

Muhammad Rafique
Muhammad Rafique
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu lebih telus dalam memberi penjelasan mengenai dakwaan melibatkan pembelian saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) sebanyak 25 peratus yang akan menjadi milik pro-Israel.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara tersebut menjadi persoalan apabila isu berkaitan Global Infrastructure Partners (GIP) itu diumumkan oleh pihak MAHB sendiri.

"Kerajaan dan PMX (Perdana Menteri ke-10) mesti benar-benar telus.

"Maklum sahaja sama ada boleh atau tidak Israel berniaga di Malaysia atau guna syarikat-syarikat konsortium untuk sembunyi Israel supaya senang rakyat buat keputusan siapa fitnah serta hasut kebencian," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Anwar memaklumkan bahawa laporan yang mengatakan 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro-Zionis, adalah tidak berasas.

Beliau berkata, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Dalam pada itu Muhammad Rafique menyatakan beberapa perkara yang boleh dibuktikan bahawa setiap dakwaan itu adalah berasas dan berlandaskan situasi sedia ada.

"Lockheed Martin dan BAE Systems bekal senjata dan aset tentera untuk pembunuhan beramai-ramai. Fitnah?

Artikel Berkaitan:

"BlackRock Inc adalah syarikat pelabur dalam syarikat pembekal senjata dunia dan pelobi besar Amerika Syarikat. Fitnah?

"CEO BlackRock Inc adalah Larry Fink, penyokong tegar rejim aparteid Israel dan bersorak apabila Biden menghantar pesawat pembawa nuklear ke rantau Asia Barat bulan lepas. Fitnah?

"BlackRock ambil alih GIP 100 peratus awal tahun ini. Fitnah?

"GIP pula diumum memasuki konsortium bersama Khazanah dan KWSP untuk ambil alih MAHB. Fitnah?

"MAHB mempunyai pegangan di 39 lapangan terbang dalam negara dan satu di Turkiye, Sabina Gokcen International Airport, Istanbul. Fitnah?" soalnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!