Wan Azizah tak masuk campur isu Zuraida

Dr Wan Azizah menyampaikan limau kepada sebahagian masyarakat Tionghoa yang bakal menyambut Tahun Baru Cina pada Program Edaran Limau di Pasar Pagi Taman Muda hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah menyampaikan limau kepada sebahagian masyarakat Tionghoa yang bakal menyambut Tahun Baru Cina pada Program Edaran Limau di Pasar Pagi Taman Muda hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

AMPANG - Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak campur tangan dalam proses siasatan dilakukan Jawatankuasa Disiplin PKR berhubung surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut untuk tindakan jawatankuasa itu dengan sewajarnya.

"Kita kena bagi jawatankuasa disiplin meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya serahkan kepada jawatankuasa disiplin sebab mereka perlu independent (bebas), lebih baik serahkan kepada mereka untuk siasat dan ambil tindakan nanti saya dikatakan berat sebelah atau sebagainya," katanya kepada pemberita ditemui pada Program Edaran Limau di Pasar Pagi Pandan Jaya dan Pasar Taman Muda di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memberi tempoh 14 hari kepada Zuraida bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya pada Jumaat lalu atas dakwaan salah laku disiplin.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin

Tindakan itu dipercayai susulan aduan terhadap Zuraida yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti.

Sebilangan pengerusi PKR negeri dalam masa sama membuat desakan terbuka agar Zuraida dipecat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!