Penjenayah makin 'gila'

Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi. Foto Bernama
Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi. Foto Bernama
A
A
A

PENJENAYAH dilihat makin tidak takut dengan undang-undang atau lokasi sesuatu tempat jenayah kerana sanggup bertindak secara melulu tanpa memikirkan keselamatan nyawa mereka dan orang lain.

Ia berikutan berlaku satu insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jumaat lalu menyebabkan dua anggota polis maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki berusia 21 tahun yang menceroboh balai polis tersebut dengan topeng muka turut mati ditembak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kenyataan awal yang mengaitkan suspek sebagai ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) adalah susulan bapa lelaki itu ada pengalaman dengan kumpulan pengganas tersebut.

Selain itu, orang ramai turut diminta bertenang dan memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan membuat siasatan berkaitan kes berkenaan.

Ia berikutan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan di dalam negara adalah terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota kumpulan terancang atau militan yang pernah ditahan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada masa sama meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berlebihan terhadap insiden yang berlaku itu.

Persoalannya, adakah tindakan daripada pihak kerajaan tersebut mampu menjamin tiada lagi serangan jenayah secara tiba-tiba yang berlaku seperti kes berkenaan?

Artikel Berkaitan:

Justeru, masyarakat disaran untuk sentiasa berhati-hati apabila keluar seorang diri terutama golongan wanita dan tidak terlalu mesra dengan orang yang tidak dikenali.

Orang ramai dinasihatkan mempunyai sikap pentingkan diri atau sombong semasa berdepan dengan kumpulan yang mencurigakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!