Semua pihak digesa tidak ambil tindakan ekstrem

Mohd Na’im
Mohd Na’im
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak tidak mengambil tindakan ekstrem terhadap mana-mana individu termasuk memfitnah, mencaci, maki hamun, menggugut dan sebagainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, orang ramai diminta untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat.

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali.

“Semua pihak diminta untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan kempen ‘blockout’ artis dan pempengaruh di Amerika Syarikat (AS) yang tidak pernah bercakap mengenai Palestin atau menjadi duta produk Israel kini mula mendapat perhatian di Malaysia.

Orang ramai di media sosial serata platform termasuk Facebook, X, Instagram dan TikTok berkongsi senarai selebriti Malaysia untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024 termasuk nama-nama pelakon popular.

Ia bermula sejak acara kontroversi, Met Gala yang berlangsung pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!