Tiada kes rasuah, salah guna kuasa babit isu NTC, FAM - SPRM

SPRM
SPRM
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tiada sebarang isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber, SPRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu rasuah di FAM yang melibatkan pelaksanaan projek National Training Centre( NTC) di Putrajaya bernilai hampir RM25 juta serta isu tohmahan rasuah dalam penganjuran kongres FAM ke-60.

"Kos pembangunan projek NTC ini menggunakan dana yang diberikan oleh FIFA.

"Selain isu NTC, SPRM juga menyiasat berkaitan tohmahan rasuah dalam penganjuran kongres FAM ke-60," katanya.

Tambah sumber, siasatan ke atas kedua-dua isu terbabit telah selesai dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Jelasnya, pihak TPR berpuas hati dengan hasil siasatan dan memutuskan kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Tiada sebarang isu rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dikesan dalam siasatan SPRM," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara terbabit.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh dan tidak menemui sebarang keterangan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.

Sebelum ini, tular surat layang kepada FAM mengaitkan isu pembinaan NTC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!