Lelaki cuba rampas senjata submesingan, serang anggota polis ditahan

Balai Polis Dato' Keramat, Pulau Pinang.
Balai Polis Dato' Keramat, Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGE TOWN - Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia 35 tahun itu juga cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar hingga berlaku pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berkenaan yang dibawah pengaruh alkohol datang ke balai terbabit sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan mengarahkan anggota berkenaan membuka pagar.

Menurutnya, anggota terbabit telah menasihati dan memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya beredar dan meninggalkan kawasan balai namun langsung tidak diendahkan.

"Suspek terus menghampiri anggota berkenaan dan cuba merampas senjata api yang disandang namun berjaya dihalang.

"Dia kemudiannya bertindak mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota bertugas hingga berlaku pergelutan semasa proses tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Hamzah berkata, semakan dibuat mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai empat rekod lampau termasuk dua atas kesalahan dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati lelaki berkenaan bebas dari pengaruh dadah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 22 Mei untuk siasatan lanjut

"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Lelaki cuba rampas senjata submesingan, serang anggota polis ditahan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Senjata #Submesigan #Polis #GeorgeTown

Law and Order - Music4video

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!