Amaran hujan lebat, ribut petir di lapan negeri

Negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada jam 6.20 petang itu berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan pula Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli serta Tanah Merah.

Amaran sama dikeluarkan bagi dua lokasi di Selangor iaitu Hulu Selangor dan Gombak, bagi daerah di Johor pula membabitkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai serta Johor Bahru.

"Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah merangkumi Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!