Mayat ketiga ditemui tidak sampai sejam

Mangsa ketiga, Muhamad Luqman Hakim ditemukan jam 12.17 tengah hari tadi dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.
Mangsa ketiga, Muhamad Luqman Hakim ditemukan jam 12.17 tengah hari tadi dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.
A
A
A

DUNGUN - Mayat ketiga mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara, Jumaat lalu ditemukan terapung pada jarak satu kilometer (km) dari lokasi penemuan mayat kedua di Pantai Sura di sini.

Mayat Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, 21, ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat tidak sampai sejam selepas penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, pada jam 12.17 tengah hari tadi.

Terdahulu, mayat pertama, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, ditemui oleh orang awam pada jarak 7km arah selatan dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) iaitu di Pantai Sura berhadapan Mayangsari Resort di sini pada jam 7.30 pagi tadi.

Mayat kedua, Muhammad Ikhwan ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi penemuan mangsa pertama di Pantai Sura di sini kira-kira jam 11.35 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pertama mangsa lemas ditemui

Mayat kedua ditemui selang empat jam

Kini usaha mencari seorang lagi mangsa, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, sedang giat dijalankan.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Muhammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan mereka di Pantai Teluk Bidara di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!