Manchester City juara EPL kali keempat berturut-turut
PENYANDANG juara Manchester City mencipta sejarah kejohanan teratas bola sepak England apabila mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut.
Kejayaan diraih anak buah Pep Guardiola itu hadir selepas membelasah West Ham United, 3-1, menerusi gol dua dijelmakan Phil Foden (m-2, m-18) dan Rodri (m-59) manakala Mohammed Kudus (m-42) menghadirkan jaringan saguhati buat The Hammers dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Etihad.
Kemenangan perlawanan ke-28 musim ini menyaksikan The Citizens (91 mata) mengatasi pesaing terdekat Arsenal (89 mata) yang menang 2-1 ke atas Everton di Stadium Emirates dengan kelebihan dua mata selepas masing-masing melengkapkan perlawanan ke-38.
"Sangat sukar diungkapkan dengan kata-kata pencapaian hari ini. Tiada pasukan yang pernah melakukannya.
"Anda dapat lihat ia sungguh amat bermakna kepada penyokong-penyokong Manchester City
"Semua ini usaha sepanjang tahun yang akhirnya membuahkan hasil,” kata Foden.
Manchester City berpeluang memenangi kejuaraan berganda apabila dijadualkan berdepan jiran tertangga Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley minggu depan.
INFO
Liga Perdana Inggeris
Keputusan
Manchester City 3-1 West Ham United
Arsenal 2-1 Everton
Liverpool 2-0 Wolverhampton
Crystal Palace 5-0 Aston Villa
Chelsea 2-1 Bournemouth
Brighton 0-2 Manchester United
Sheffield United 0-3 Tottenham Hotspur
Brentford 2-4 Newcastle United
Luton Town 2-4 Fulham
Burnley 1-2 Nottingham Forest
INFO
Juara: Manchester City
Liga Juara-Juara: Manchester City, Arsenal, Liverpool, Aston Villa
Liga Europa: Tottenham
Liga Konferensi: Chelsea
Liga Kejuaraan: Luton Town, Burnley, Sheffield United
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!