Kerajaan jamin tak abai hak warga Kimanis: Syed Saddiq

Ciapan di Twitter Syed Saddiq.
Ciapan di Twitter Syed Saddiq.
A
A
A
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi jaminan kerajaan tidak akan mengetepikan hak warga rakyat Sabah dan Sarawak meskipun kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau dilihat bersikap positif dengan keputusan yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Alamin.

"Kepada warga Kimanis, menang atau kalah, kami akan tetap berkhidmat untuk anda.

"Sebelum adanya PRK ini, saya sudah turun dua kali ke Kimanis sebagai menteri untuk membangunkan infra sukan setempat.

"Ada, tiadanya pilihan raya tidak penting. Warga Sabah dan Sarawak berhak dapat pembangunan dan layanan yang terbaik," tulisnya.

Syed Saddiq turut berkongsi gambar-gambar ketika turun padang di PRK Kimanis.
Syed Saddiq turut berkongsi gambar-gambar ketika turun padang di PRK Kimanis.



Syed Saddiq turut berkata bahawa politik adalah milik rakyat dan beliau hanya #YangBerkhidmat.

"Terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan yang banyak membantu di Kimanis.

"Empat kali turun padang bersama mereka. Tidak mudah, tetapi semangat perjuangan mereka berkobar-kobar. Tahniah YB M Alamin di atas kemenangan,"katanya.

Artikel Berkaitan:


PRK Kimanis semalam menyaksikan Mohamad Alamin memenangi kerusi tersebut menewaskan lawannya, Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan 2,029 undi majoriti.

Syed Saddiq turut berkongsi gambar-gambar ketika turun padang di PRK Kimanis.
Syed Saddiq turut berkongsi gambar-gambar ketika turun padang di PRK Kimanis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!