Doakan Presiden Iran kembali dengan selamat

Ali Khamenei (kiri) bersama Raisi. Foto Agensi
Ali Khamenei (kiri) bersama Raisi. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei meminta seluruh rakyat mendoakan keselamatan Presiden negara republik Islam itu, Ebrahim Raisi selepas helikopter yang membawa beliau dilaporkan terpaksa 'mendarat cemas' di kawasan pergunungan di barat laut Teheran.

"Kami berharap beliau bersama pegawai kanan lain kembali dengan selamat. Seluruh rakyat tidak perlu bimbang kerana kejadian ini tidak akan menjejaskan urusan negara," kata Ali Khamenei pada Ahad.

Press TV memetik sumber kerajaan melaporkan helikopter tersebut membawa Raisi bersama Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan beberapa pegawai lain setelah kembali dari Azerbaijan ketika ia berdepan masalah tidak dinyatakan secara terperinci hingga terpaksa mendarat cemas.

Kejadian itu berlaku di hutan Dizmar terletak antara bandar Varzaqan dan Jolfa.

Ketika ini, pemimpin dunia termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) turut mengikuti perkembangan insiden tersebut.

Beberapa negara di rantau berkenaan juga menyatakan kesediaan untuk memberikan sokongan tambahan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang agak mencabar itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!