[VIDEO] Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat

A
A
A

JOHOR BAHRU - Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan masih giat dijalankan dan sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan.

"Kita akan segera maklumkan sebarang perkembangan baharu. Namun kita harap masyarakat beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sabtu lalu, tujuh individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu, susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal selepas kejadian berlaku.

Selain itu, turut direman dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!