Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat

A
A
A

BERITA SEMASA 20 MEI 2024

Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bharu yang mengorbankan dua anggota.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan masih giat dijalankan dan sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan.

Pihaknya juga meminta masyarakat supaya memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sabtu lalu, tujuh individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665689/berita/semasa/serangan-balai-polis-7-termasuk-5-ahli-keluarga-suspek-masih-disiasat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #UluTiram #SerangBalaiPolis #Johor