Padah miliki mercun, bunga api
KULAI - Polis menahan seorang lelaki dipercayai memiliki mercun dan bunga api pelbagai jenis tanpa permit dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Nuri Kulai awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan hasil maklumat dan risikan sejak beberapa hari lalu.
Katanya, suspek dan mercun yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957(Akta 207).
"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!