'Spiderman' akhirnya turun dari pencawang selepas 2 jam dipujuk

Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, Jitra pada petang Isnin mencemaskan orang ramai.
Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, Jitra pada petang Isnin mencemaskan orang ramai.
A
A
A

JITRA – Tindakan berani seorang lelaki berlagak ala 'Spiderman' dengan memanjat sebuah pencawang bervoltan tinggi berketinggian kira-kira 25 meter (m) menggemparkan penduduk di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman di sini pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.17 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berada di atas pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terjun.

"Susulan itu, jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah dihantar ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat dan TNB dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik di pencawang itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin

Menurutnya lagi, pihaknya berdepan kesukaran untuk menyelamatkan lelaki itu berikutan voltan elektrik tinggi yang berisiko membawa kepada renjatan elektrik.

Beliau menambah, lelaki itu pada mulanya juga enggan turun dari pencawang, namun usaha memujuk hampir dua jam membuahkan hasil apabila dia dibawa turun dengan selamat menggunakan ALP pada jam 8.43 malam.

Mohd Bustan memaklumkan, lelaki berusia 30-an kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: